Wednesday 20 August 2014

Kisah Dua Lelaki

Assalammualaikum .
Lama kan rasanya tak mengupdate blog nie , Dah bersawang dah pun . Okay untuk entri kali ni rasa nak bercerita mengenai Dua Orang Lelaki yang aku sayang selain Abah sendiri.


Dua lelaki ini,
Aku bersyukur kerana aku memiliki dua lelaki ini,
Dua lelaki ini yang bagi aku tersangat istimewa
Dua lelaki ini antara lelaki yang aku sayang macam mana aku sayangkan abah sendiri
Dua lelaki ini , 
Dua  lelaki yang tak pernah putus memberi aku sokongan dan dorongan saat aku jatuh tersungkur
Dua lelaki ini yang sering ada saat susah dan senang aku
Dua lelaki ini yang sering membuat aku tertawa kembali saat aku berendam air mata
Dua lelaki ini yang sering bertanya bagaimana aku lalui hari hari aku
Dua lelaki ini,
Dua lelaki yang sangat istimewa yang Tuhan telah hantarkan pada aku
Kerana dua lelaki ini ,
Aku belajar untuk bangkit dan jadi diri yang lebih kuat dan tabah 
Dua lelaki yang sentiasa berasa bangga dengan aku walaupun aku sendiri sering kecewa dengan diri ini
Dua lelaki ini jugalah yang terkadang buat aku rasa menyampah gila nak mati.
Dua lelaki ini sakai ,tapi sebab kan kesakaian mereka buat aku jadi lagi gembira.
Akan ku kenang dua lelaki ini yang jauh dimata, dan sentiasa disayangi hingga akhir nafas aku nanti.
Terima kasih wahai dua lelaki . 


Thank you for reading. Do follow me okayy! Have a nice day :)