Thursday 21 June 2012

Tersenyum lah Wahai Hati yang bersedih

Saat kita menempuh onak duri,
derita sekali sekala mencuit hati,
hati remuk menangis tidak henti.
kesedihan terus menerus bersemadi didasar hati.
ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali.
dalam terharu..
Air mata tertumpah jua.
Kita tidak akan sekali dapat menjangka Apa yang Allah telah aturkan untuk kita.
Adakalanya kita tersangat gembiraa.
Adakalanya kita tersangat kecewa.
namun...
Jangan risau manusia,
Allah itu Tuhan kita.
Tuhan yang Maha Luas Kasih SayangNya.
Percayalah ..
Allah tidak akan menduga hambaNya,
Kecuali untuk melihat hambaNya tersenyum disana , tertawa disana,berbahagia disana,
insyaAllah di SYURGA.
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai ,
kecuali menerima kehendak Allah.
Wahai hamba Allah ,
Jangan bersedih , kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama 
tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan harinya.
Kesedihan demi kesedihan..
bakal membuat anda semakin terperuk dalam keputusasaan
dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tak lagi berguna.
Padahal , dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri pada Allah,
untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah
serta bebas daripada rasa kesedihan.
Gara-2 kesedihan,
Air yang manis terasa pahit.
Makanan yang lazat terasa hambar.
bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu .
Ingatlah , tangisan yang terindah itu apabila,
butir-2 airmata mengalir hangat di pipi.
Lantaran terasa diri kita begitu kerdil disisi Allah,
dan begitu berdosanya diri kita disisi Allah.
Sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa.
senyuman yang kau berikan,
dan air mata yang kau titiskan,
Simpan jadikan tauladan.
Segala yang kau pandang dan dengar,
simpa buat pedoman :)


P/s: You dont knw everything but Allah know everything :)







Thank you for reading. Do follow me okayy! Have a nice day :)

0 comments:

Post a Comment