Monday 14 October 2013

Assalammualaikum readers :)

Harinie , malam raya aidiladha , entah kenapa tetibe rasa rindu pada blog yang sekiann lama aku tak jenguk . Bukan tak rindu , rindu kott blog nie , cuma disebabkan kekangan masa membuatkan aku terlupa pada blog nie . Hahah *skema kan ayat . Puihh. Hmm , aku terlalu sibuk , hidup dipenuhi assignment yang menimbun , lab yang setiap minggu perlu di submit dan juga final year project aku yang amat menyakitkan . Tapi tu semua haritu laa , now kerja dah kurang cuma busy dengan test dan quiz yang last minit . Hahaha , quiz aku boleh score tapi test , nta apa yang bangang sangat sampai tak boleh jawab , padahallllll soalan lebih kurang . Ahh ,  tolak tepi semua tu . 

Final makin hampir , debaran pun terasa . Bila difikir balik aku seakan tak percaya aku sudah menuntut ilmu sejauh ini , yelaa aku hampir untuk mendapat segulung diploma . Terima Kasih Ya Allah , syukur . Dulu aku sendiri tak tahu mana arah tuju tapi kini aku hampir menamatkan pelajaranku , Moga aku berjaya . Amin . Semester yang terakhir ini amat menguji kesabaran , kekuatan aku . Pelbagai dugaan yang aku tempuh, pelbagai cabaran yang aku hadapi . Aku terjatuh ,tersungkur dan bangkit kembali . Tapi semua ini membuat aku menjadi lebih kuat dan matang. Apa lagi cabaran yang bakal aku hadapi aku sendiri tak tahu , moga aku terus tabah dan cekal . Moga kekuatan ku masih ada . Terima Kasih pada mereka yang sentiasa menyokong :)

Thank you for reading. Do follow me okayy! Have a nice day :)

0 comments:

Post a Comment